Rabu, 18 Februari 2009

Pemantapan minda menghasilkan kejayaan jualan

Seringkali kita dibelenggu dengan pertanyaan dalaman, mengapa aku tidak dapat menjual, mengapa aku gagal menjual, mengapa sales aku jatuh...pertanyaan dalaman ini sering mengganggu fikiran kita sehingga ia menjadi realiti hasil jualan kita. Segala persediaan telah dibuat, borang, kit, kalkulator, pakaian pun dah smart, tapi bila present pada klien, tak dapat close...

Tahukah anda, fikiran kita merupakan mesin yang sangat berkuasa di dalam diri kita. Dimana saya boleh andaikan sebagai komputer. Komputer jika kita menaip A maka yang akan keluar di monitor adalah A bukan huruf selain A. Ia akan mengikut apa yang kita arahkan. Begitu juga minda kita, ia sangat menerima arahan dari kita, jika kita menghantar arahan kepada minda negatif maka hasil yang akan dilahirkan adalah negatif.

Manusia cenderung memikirkan negatif daripada positif, contohnya jika kita sakit, kita akan membayangkan diri kita terlantar di katil, pucat, tidak bermaya, makan ubat, tidak boleh bergerak. Maka apabila minda menerima arahan itu, ia akan menghantar maklumat keseluruh anggota kita agar mengikut arahan kita.

Begitu juga dalam bidang sales, jika anda memikirkan anda tidak dapat sales, klien banyak tanya yang bukan-bukan, klien tak willing nak beri masa untuk mendengar penerangan kita, klien akan ambil masa nak fikir. Maka arahan tersebut akan diterima minda untuk menghasilkan situasi sebenar.

Maka apa yang perlu dilakukan, latihkan diri anda sentiasa menggambarkan kejayaan membuat jualan, anda mengisi borang untuk klien, anda menerima cek daripadanya, anda berjabat tangan kejayaan dengan klien, klien gembira mendengar penerangan anda, latihkan selalu sehingga tiada ruang untuk anda memekirkan perkara yang negatif. Apa yang anda akan lihat, anda akan kelaur tumah dengan penuh keyakinan, perjumpaan dengan klien berjalan lancar, penerangan anda juga akan penuh keyakinan, sebab anda yakin dan anda percaya anda berjaya.

Beberapa bulan yang lepas, saya hairan dengan diri saya mengapa sukar untuk close sales, daripada 100 orang yang saya dah jumpa hanya 5 yang close, nak dapat yang 5 ini pun mengambil masa. Apa bila saya menilai diri saya, saya dapati saya sering menggambarkan pada minda saya lebih banyak yang gagal daripada yang membawa kejayaan. Hasilnya memanglah begitu...Tetapi kini peratusan saya berjaya mendapatkan jualan semakin tinggi dengan hanya menghantar arahan yang betul kepada minda saya.

Jadi, cubalah untuk menukar cara anda berfikir mulai hari ini.

Comments :

have 0 comments at “Pemantapan minda menghasilkan kejayaan jualan”