Isnin, 23 Februari 2009

Kekuatan fizikal, mental dan pembelajaran berterusan

Bidang jualan merupakan bidang yang mencabar. Pernahkah anda bermain permainan video yang penuh dengan halangan dan cabaran. Perumpamaan yang suka saya gunakan. Kita teruja dengan permainan video seperti Doom, Counter Strike, Mercenaries dan pelbagai lagi. Permainan yang penuh dengan halangan, mempunyai matlamat kemenangan misi. Kekuatan minda digunakan sepenuhnya agar kita tidak putus asa untuk menang dalam setiap misi hingga misi terakhir. Kekuatan fizikal memerlukan kita berjam-jam mengadad permainan video tersebut agar kita boleh menang untuk setiap misi yang penuh dengan cabaran dan halangan.

Kejayaan seseorang dalam bidang jualan, adalah kerana bukan dia lebih bijak, lebih kacak, lebih cantik tetapi kerana dia mempunyai 3 perkara penitng ini iaitu:
  1. Kekuatan mental
  2. Kekuatan fizikal
  3. Kesediaan untuk belajar
Kekuatan mental amat diperlukan agar kita tidak mudah putus asa, kecewa, hilang semangat. Ini kerana seperti treat saya yang lepas 1001 ragam klein akan kita temui. Sales person yang mempunyai kekuatan minda akan sering mengatakan "tak apa, kalau dia tak nak membeli perkhidmatan aku, ada ramai lagi yang ada yang boleh aku jumpa" " Alah, ini baru 9 orang reject aku, mungkin orang yang kesebelas akan beli perkhidmatan aku" " Takpe aku masih ada ramai lagi prospek klien yang boleh aku approach". Setiap halangan yang ditemui, sentiasa dipatahkan dengan kata-kata optimis. Mereka percaya dengan Hukum Purata. Dimana daripada 10 klien yang ditemui kebiasaan tidak semua membeli, mungkin 1 atau 2 orang yang membeli. Maka untuk close 10 sales mungkin kita perlu berjumpa dengan 100 klien. Sales person yang tidak mempunyai kekuatan mental yang kuat sering kecundang dalam kerjaya ini. Jika anda hendak berjaya dalam kerjaya yang hebat ini, mental anda harus juga hebat. Kita perlu sentiasa optimis terhadap halangan dan cabaran yang dihadapi. Selama saya berada dalam bidang ini, saya melihat bidang ini juga yang telah menaikkan seseorang menjadi Jutawan, orang kaya, dan juga menjatuhkan seseorang. Kejatuhan seseorang untuk menang dalam kerjaya ini bukan kerana perkhidmatan atau produk yang dibawa, tetapi kegagalannya untuk menguatkan kemampuan mentalnya. Kebiasaannya mereka ini mempunyai sifat berhati-hati, tidak berani mengambil risiko, terlalu analatical sering membuat andaian awal), tidak berani untuk membuat keputusan, suka berada pada zon selesa.

Kekuatan fizikal juga penting bagi sales person, kerana kerjaya ini memerlukan kita bekerja tidak kira masa, pada sesuatu masa kita perlu berjumpa klien pada lewat malam dan keesokan harinya seawal jam 8 pagi kita juga ada pertemuan lain. Pengambilan makanan sihat dan multi vitamin amat diperlukan agar fizikal kita sentiasa bersedia untuk bekerja.

Kesediaan untuk belajar juga merupakan aspek penting yang perlu ada bagi seseorang sales person. Mengapa? kerana kita berurusan dengan manusia. Setiap manusia mempunyai keunikan sendiri, perbezaan budaya, komunikasi, pengurusan, sifat, sikap dan tabiat. Keperluan penting bagi kita mempelajari berkenaan product knowledge tetang apa yang kita hendak perkenalkan, persaingan, pengurusan, pemasaran, startegi jualan, komunikasi dan pelbagai lagi. Justeru, pembelajaran berterusan perlu ada bagi diri seseorang sales person. Menghentikan niat untuk belajar, akan menghentikan volume jualan kita kerana manusia semakin lama semakin kompleks.

Ahad, 22 Februari 2009

1001 ragam pelanggan menghasilkan 1001 kemahiran

Semenjak beberapa hari ini, saya kerap bertemu dengan rakan-rakan yang berkongsikan pengalaman bertemu dengan pelanggan. Mereka mengeluh kerana pelbagai kerenah pelanggan ditemui. Hasilnya mereka kecewa dan letih. Boleh saya katakan 1001 karenah pelanggan.

Terpanggil untuk berkongsikan pengalaman saya bertemu seorang tauke kedai jam di sebuah pusat membeli-belah di Perling iaitu Perling Mall. Saya tidak berniat untuk membeli jam sekadar hendak melihat jam untuk dihadiahkan kepada salah seorang klien saya. Itulah pertama kali saya merasakan bahawa saya macam raja "Customer is a king" saya telah dilayan dengan begitu ramah. Tidak terasa seperti saya ini menyemakkan kedai jamnya seperti beberapa kedai jam yang saya lawati sebelum ini. Walaupun saya tidak membeli kerana belum berhajat untuk membelinya lagi pada hari tersebut. Tetapi dilubuk-hati saya mengatakan yang saya akan membeli di kedai tersebut kelak bila hendak membeli jam. Walaubagaimana pun saya tidak mahu melepaskan peluang untuk bertanya dengannya, bagaimana dia boleh mempunyai kemahiran melayan pelanggan yang saya kirakan sangat tinggi. Ini turut dipersetujui ibu saya, yang berada di kedai jam tersebut lebih setengah jam membelek dari satu ke satu jam. Akhirnya tidak juga membeli, tetapi tauke kedai ini sedikit tidak menunjukkan perasaan marah atau tidak berpuas hati seperti kebiasaan tauke kedai yang saya ketemui. Malah perkataan yang dikeluarkan yang terngiang-ngiang diingatan ibu saya ialah "ni boleh ke tidur malam ni kalau tak beli" dengan senyuman yang manis. Sangat hebat layanan tauke ini.

Tauke ini memberitahu ia belajar dari pelanggan yang datang, kerana semakin ramai pelanggan yang datang memberikan dia lebih banyak pengetahuan tentang pelanggan dan kemahiran melayan pelanggan. Maka, mengapa harus mengeluh jika kita bertemu pelbagai karenah pelanggan, yang penting teruskan dengan servis yang terbaik agar walaupun pada pertemuan tersebut tiada urusniaga tetapi dilubuk hatinya pasti dia akan datang untuk berurusniaga dengan kita. Lumayan bukan....maka fikir-fikirkan lah.

JEMPUTAN KE GRAND BUSINESS OPPORTUNITY

Senarai Grand Business Opportunity by CIMB Wealth Advisors

MELAKA
Venue : Hotel Renaissance
Jalan Bendahara, Bandar Melaka
Date : 23 February (Monday)
Time : 7.30 pm


JOHOR BAHRU
Venue : Mutiara Hotel
Date : 24 February (Tuesday)
Time : 7.30 pm

Apa yang anda boleh dapati disana:
  1. Sudah semestinya disediakan makanan dan minuman.
  2. Ucapan oleh CEO CIMB Wealth Advisors.
  3. Perkongsian tentang perniagaan yang disediakan oleh CIMB untuk anda.
  4. Perkongsian perunding unit amanah yang telah berjaya dalam industri ini.
Jika anda sedang mencari sesuatu untuk meningkatkan diri dari sudut pendapatan, keselesaan hidup, bebas kewangan, inilah jawapannya. Berikan sedikit masa anda untuk mendengar pembentangan peluang perniagaan yang disediakan oleh CIMB Wealth Advisors.

Jika ada sebarang pertanya bolehlah hubungi saya En. Yusof Hussein 014-6144715 / 019-7608341 email: yusofhussein@gmail.com

Khamis, 19 Februari 2009

Menarik Tentang Kerjaya Sales


Bila berkata tentang sales career, ramai yang tidak berminat dengan bidang kerjaya ini. Baru -baru ini saya diberikan peluang untuk membuat pembentangan tentang kerjaya ini dihadapan puluhan siswazah. Majeroti yang hadir adalah wanita. Kebanyakan dari bidang kejuruteraan dan pengurusan. Tajuk pembentangan adalah Kerjaya Dalam Bidang Jualan.

Pembentangan ini mencurahkan pengalaman saya dalam bidang ini semenjak dari zaman belajar di universiti lagi. Dari menceburi bidang MLM, buka agensi pengangkutan sendiri dan juga agensi membekalkan pekerja operator dan expat, kemudian bidang peralatan perlindungan dari pada panahan kilat, trading dan kini sebagai PERUNDING UNIT AMANAH.

Sebelum bercerita lebih jauh, saya kongsikan apa yang telah saya perolehi hasil pengalaman selama ini dar sudut kemahiran komunikasi dan kemahiran jualan. Selama beberapa tahun dalam bidang ini pelbagai kategori manusia telah saya temui, dari lower level income sampai higher level income. Pelbagai karenah pelanggan telah saya temui. Yang menariknya semakin pelbagai manusia dan ragam yang telah saya temui sebenarnya telah menggilapkan lagi kemahiran saya. Saya menjadi lebih berani untuk bertemu sesiapa sahaja, berani untuk berucap di khalayak ramai, tidak segan berpakaian "skema" perkataan yang biasa di katakan oleh rakan-rakan sewaktu zaman sekolah dan zaman di institut pengajian tinggi dahulu. Kemahiran dan pengalaman ini juga menjadikan jaringan kenalan saya menjadi lebih besar. Dahulu kalau nak berbual dengan orang besar cukup segan, kini saya boleh duduk berbual dengan CEO, dengan ADUN, dengan menteri, dengan pengarah dan pelbagai latar belakang manusia sampai berejam-rejam...(bukan bual kosong, tapi perbualan berinformasi, dan turut membawa kepada memperolehi pendapatan kepada saya). Menarik bukan...

Seterusnya, saya minat untuk bercerita tentang pendapatan. Tahukah anda bahawa pendapatan seorang sales person boleh melebihi dari gaji Perdana Menteri, doktor, jurutera, peguam, akauntan. Mengapa yer? Jawapannya adalah kerana bidang jualan adalah bidang lubuk wang, lubuk pendapatan. Bidang ini juga adalah bidang yang saya kategorikan sebagai keusahawanan. Nabi pernah bersabda "9/10 punca rezeki adalah dalam perniagaan". Perhatikan disekeliling anda, masyarakat sekeliling anda. Siapakah mereka yang boleh memandu kereta besar, memiliki aset yang banyak, memiliki kekayaan yang besar dan menjadi jutawan. Adakah mereka makan gaji, tidak mereka adalah usahawan. Mari kita perhatikan jutawan melayu di Malaysia siapakah dia? Tan Sri Syed Mokhtar Bukhari. Adakah beliau kerja makan gaji, tidak beliau adalah usahawan.

Bidang jualan adalah juga bidang keusahawanan bidang yang mana jika anda mempunyai kemahiran jualan anda boleh cop duit, berapa banyak yang anda inginkan. Justeru itu, bidang inilah yang paling mencabar, bidang ini juga tidak banyak menjadi pilihan kerana cabaran yang ada di dalamnya. Sudah tentu ia mencabar, sebab bidang ini adalah bidang lubuk duit, lubuk pendapatan. Bidang yang melahirkan jutawan, bidang yang melahirkan Waren Buffet, Robert Kuok, Bill Gates pengasas Microsoft, Tan Sri Syed Mokhtar Bukhari, Datuk Nazir Razak CEO Cimb Group, dan pelbagai lagi.

Rabu, 18 Februari 2009

Pemantapan minda menghasilkan kejayaan jualan

Seringkali kita dibelenggu dengan pertanyaan dalaman, mengapa aku tidak dapat menjual, mengapa aku gagal menjual, mengapa sales aku jatuh...pertanyaan dalaman ini sering mengganggu fikiran kita sehingga ia menjadi realiti hasil jualan kita. Segala persediaan telah dibuat, borang, kit, kalkulator, pakaian pun dah smart, tapi bila present pada klien, tak dapat close...

Tahukah anda, fikiran kita merupakan mesin yang sangat berkuasa di dalam diri kita. Dimana saya boleh andaikan sebagai komputer. Komputer jika kita menaip A maka yang akan keluar di monitor adalah A bukan huruf selain A. Ia akan mengikut apa yang kita arahkan. Begitu juga minda kita, ia sangat menerima arahan dari kita, jika kita menghantar arahan kepada minda negatif maka hasil yang akan dilahirkan adalah negatif.

Manusia cenderung memikirkan negatif daripada positif, contohnya jika kita sakit, kita akan membayangkan diri kita terlantar di katil, pucat, tidak bermaya, makan ubat, tidak boleh bergerak. Maka apabila minda menerima arahan itu, ia akan menghantar maklumat keseluruh anggota kita agar mengikut arahan kita.

Begitu juga dalam bidang sales, jika anda memikirkan anda tidak dapat sales, klien banyak tanya yang bukan-bukan, klien tak willing nak beri masa untuk mendengar penerangan kita, klien akan ambil masa nak fikir. Maka arahan tersebut akan diterima minda untuk menghasilkan situasi sebenar.

Maka apa yang perlu dilakukan, latihkan diri anda sentiasa menggambarkan kejayaan membuat jualan, anda mengisi borang untuk klien, anda menerima cek daripadanya, anda berjabat tangan kejayaan dengan klien, klien gembira mendengar penerangan anda, latihkan selalu sehingga tiada ruang untuk anda memekirkan perkara yang negatif. Apa yang anda akan lihat, anda akan kelaur tumah dengan penuh keyakinan, perjumpaan dengan klien berjalan lancar, penerangan anda juga akan penuh keyakinan, sebab anda yakin dan anda percaya anda berjaya.

Beberapa bulan yang lepas, saya hairan dengan diri saya mengapa sukar untuk close sales, daripada 100 orang yang saya dah jumpa hanya 5 yang close, nak dapat yang 5 ini pun mengambil masa. Apa bila saya menilai diri saya, saya dapati saya sering menggambarkan pada minda saya lebih banyak yang gagal daripada yang membawa kejayaan. Hasilnya memanglah begitu...Tetapi kini peratusan saya berjaya mendapatkan jualan semakin tinggi dengan hanya menghantar arahan yang betul kepada minda saya.

Jadi, cubalah untuk menukar cara anda berfikir mulai hari ini.

Tanam benih


Mesti anda tertanya mengapa saya tulis treat dengan tajuk tanam benih...nak ajar cara menanam sayur ke...ohhh tidak, ia bukan berkenaan dengan cara nak tanam sayur..tapi cara bagaimana untuk anda mendapat jualan.

Tanam benih yang saya maksudkan adalah dengan mengeluar sedikit budget untuk mangajak prospek klien kita minum, atau hantar sms ucapan birthday walaupun dia belum menjadi klien anda, hubungi prospek klien untuk tanya khabar berita...Ingat dengan kata-kata nabi jika kita memberi dengan ikhlas pasti Allah akan bagi lebih untuk kita...cerita sedikit berkenaan seorang klien yang baru saya dapat close....saya dapat close tak besar dari dia tapi ada cerita menarik tentangnya....

Klien saya ini telah alhamdulillah saya dapat mudah, sebab dia mendengar berita baik tentang pelaburan Cimb daripada sahabatnya..jadi mudah saya nak close, presentation saya tidak melepasi 5 minit dia terus hendak melabur....selepas proses pelaburan siap saya menghadiahkan beliau planner, pada pertemuan kedua sebab hendak mengutip bayaran bulanan beliau saya bagi hadiah lagi pen Cimb wealth Advisors, kemudian pada hari lahirnya tempoh hari saya hantar ucapan melalui sms...menanam benih tidak perlu semestinya sesuatu yang mahal, cukup dengan berapa yang anda mampu tapi kerana ia adalah hadiah...orang pasti sangat mengahrgainya...

Klien saya ini semalam menghubungi saya untuk bertemu dengan rakan-rakannya...alhamdulillah daripada beliau small money tapi sales daripada rakannya cukup untuk saya bayar instalment bulanan 2 kereta saya selama satu bulan...Alhamdulillah bersyukur kepada Allah...saya dapat sales lagi...
Jadi, jangan kedekut untuk peruntukkan sedikit budget untuk menanam benih. Jadi apa lagi buatlah kiraan sekarang berapa anda nak peruntukkan untuk bulan ini???

Khamis, 5 Februari 2009

Pakej Rangsangan Kedua oleh Kerajaan

Datuk Seri Najib Razak berkata, pakej rangsangan ekonomi kedua yang disediakan kerajaan akan lebih besar jumlahnya dan terancang pengagihannya berbanding pakej pertama.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pakej rangsangan ekonomi pertama yang berjumlah RM7 bilion yang diumumkan kerajaan November lalu masih kecil untuk membantu memacu ekonomi negara ketika kegawatan ekonomi global.

“Kita tidak akan ragu-ragu untuk mengambil langkah yang drastik, malah lebih radikal, jika perlu. Dalam melindungi ekonomi dan membantu rakyat, kerajaan tidak boleh mengelak daripada berdepan dengan bajet defisit yang tinggi,” katanya ketika menyampaikan ucap tama pada majlis anugerah The Edge-Lipper-Starmine di sini, malam tadi.

Hadir sama, Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti, Datuk Seri Zarinah Anwar dan Pengarah Urusan The Edge, Ho Kay Tat.

Difahamkan, pakej rangsangan kedua itu akan diumumkan bulan ini atau bulan depan (Mac).

Sementara itu Najib berkata, pengurus portfolio mesti sentiasa peka dengan perkembangan industri pengurusan dana dengan melengkapkan diri dengan maklumat analisis dan kritikal.

Katanya, ia disebabkan pasaran Malaysia kini berusaha menjadi lebih kompetitif di peringkat antarabangsa.


Beliau juga berkata, kemelesetan ekonomi dan keadaan pasaran yang tidak menentu tidak menjejaskan industri amanah saham di Malaysia.

Masih ada ruang untuk industri amanah saham mengukuh sekali gus mampu bersaing di peringkat tempatan atau antarabangsa,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Najib berkata kemelut pasaran global yang melanda pada masa ini adalah peringatan kepada semua orang yang pelaburan itu ada risikonya.

Oleh sebab itu katanya, adalah penting pelabur kecil dan profesional berwaspada dan melengkapi sepenuhnya maklumat yang relevan sebelum membuat keputusan penting dalam mana-mana pelaburan.

Beliau juga berkata, syarikat di Malaysia pada dasarnya berada dalam kedudukan baik berbanding syarikat di beberapa bahagian lain di dunia kerana kedudukan kewangan yang kukuh dan sistem perbankan bank negara yang mantap.

Kita sudah belajar daripada krisis ekonomi 1997-1998 dan selepas itu mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk menanganinya” katanya

Sumber: http://www.bharian.com.my
Sebagai perunding kewangan, mempertingkatkan diri dengan ilmu dan kemahiran sangat penting agar kita sentiasa mempunyai nilai daya saing yang tinggi dan dapat memeberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan yang melabur didalam unit amanah.

Pengurusan dan perkhidmatan selepas jualan yang baik dan memuaskan hati pelanggan akan meningkatkan lagi kredibeliti kita sebagai perunding kewangan dan juga syarikat.

Justeru, latihan profesinal yang disediakan oleh pihak pengurusan serta pasukan hendaklah diambil peluang yang baik untuk mempertingkatkan ilmu dalam bidang pengurusan kewangan.

Inisiatif kerajaan dalam memastikan keadaan ekonomi negara kita pulih dengan pakej rangsangan kedua ini amat disambut baik dan dinanti-nantikan oleh saya dan saya pasti juga kepada semua rakyat Malaysia khususnya pelabur. Dengan pakej ini, sudah semestinya akan ada petunjuk baru bagi pelabur untuk melabur, kerana dengan isu-isu positif sebegini memberikan impak yang besar dalam keputusan pelabur memasuki pasaran.

Kita juga berharap dengan kepimpinan baru Amerika dapat mengembalikan kestabilan ekonomi global yang telah memberikan kesan kepada banyak negara. Malaysia melabuhkan tirai 2008 dengan kejatuhan hampir 40%.

Bagi pelabur yang telah melabur, bersikap panik dan bertindak untuk mengeluarkan semua pelaburan adalah langkah yang tidak bijak, berikutan pasaran dalam tempoh jangka panjang akan kembali pulih. Memastikan objektif awal sewaktu membuat pelaburan dipatuhi dan dipegangi amat penting serta pengurusan oleh konsultan bagi mengurangkan risiko dan mengoptimakan pelaburan melalui pengaplikasian asset allocation dalam pengurusan pelaburan klien.

Waktu ini juga adalah dilihat amat sesuai untuk menambahkan unit dengan membuat tambahan pelaburan berikutan harga seunit amat murah. Mempertimbangkan dalam dana pelaburan yang kurang berisiko seperti bon dan juga pasaran wang adalah juga sesuai.

Apa yang pasti, mengawal perasaan panik adalah amat penting agar objektif pelaburan anda tercapai pada jangka masa panjang.






Selasa, 3 Februari 2009

Ekonomi Asia Mampu Berkembang Dengan Lebih Pesat

4 Februari 2009

EKONOMI Asia mampu berkembang dengan lebih pesat tahun depan sebaik ekonomi seluruh dunia keluar daripada kegawatan, kata ketua Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF), semalam.

“Apabila ekonomi dunia kembali kepada kedudukannya, pemulihan pesat tidak mustahil,” kata Dominique Strauss-Kahn yang menjangkakan ekonomi Asia akan berkembang lebih daripada lima peratus pada 2010, hampir dua kali lebih tinggi daripada 2009.

“Negara Asia tidak mampu pulih sehingga keseluruhan ekonomi global bebas daripada kemelesetan ekonomi semasa yang teruk kerana negara berkenaan amat bergantung kepada pasaran eksport,” katanya pada satu sidang media menerusi internet dari Washington.

Rantau Asia dijangka mencatatkan pertumbuhan ekonomi sebanyak 2.7 peratus tahun ini, dengan negara Asia yang sedang membangun akan mencatatkan pertumbuhan 5.5 peratus, kata Strauss-Kahn.


“Bagaimanapun, ia amat tidak menentu dan perkara buruk tidak boleh diketepikan,” katanya.

Katanya, ketika ekonomi Amerika Syarikat (AS) dan Eropah mulai pulih, ekonomi sesetengah negara Asia ‘mungkin pulih dengan pantas.

“Sesetengah ekonomi Asia amat dinamik. Mereka mempunyai banyak sumber dan asas yang kukuh.

“Pengurangan kadar faedah dan perbelanjaan kerajaan akan membantu pemulihan di Asia, yang mana bank di rantau ini tidak berdepan masalah seteruk bank di AS dan Eropah,” kata Strauss-Kahn.

Katanya, beberapa negara di rantau ini, termasuk China, mempunyai banyak ruang bagi melaksanakan langkah fiskal bagi menggerakkan ekonomi.

“Keadaan mungkin ‘amat mencabar’ bagi China untuk mencapai sasaran pertumbuhannya sebanyak lapan peratus tahun ini, meskipun ia bukanlah sesuatu yang mustahil,” kata Strauss-Kahn yang menegaskan IMF sendiri menjangkakan ekonomi China akan berkembang 6.7 peratus pada 2009.

Katanya, China akan berdepan banyak ‘perubahan yang memeritkan’ kesan daripada kelembapan global.

“Perubahan itu pasti untuk kebaikan dan kepentingan penduduk China. Ia perlu dilakukan,” katanya.

Tambahnya lagi, dalam jangka panjang pula, China dan seluruh Asia mesti mengurangkan pergantungan kepada eksport dan perlu menjana permintaan dalam negara, tetapi ia adalah suatu langkah sukar dan akan mengambil masa bagi mencapai matlamat itu.

IMF menjangka ekonomi Korea Selatan menguncup empat peratus tahun ini, iaitu unjuran jauh lebih rendah daripada unjuran awal berikutan kejatuhan eksport yang banyak dan permintaan domestik yang lemah.

Bagaimanapun, ekonomi keempat terbesar Asia itu akan mulai pulih pada separuh kedua dan dijangka berkembang 4.2 peratus pada 2010, menjadikannya pemulihan yang paling pesat di kalangan ekonomi dunia, kata IMF dalam laporannya.

Seperti China dan Jepun, Korea Selatan menerima kesan teruk daripada kejatuhan eksport apabila pengguna AS dan Eropah mengurangkan perbelanjaan bagi menghadapi kemelesetan ekonomi. - AFP

Ketua IMF itu juga memberi amaran kepada negara berkenaan untuk tidak mendapatkan perlindungan ketika kejatuhan ekonomi sambil menyatakan: “Menagih simpati daripada negara jiran kamu tidak akan pernah memberikan keputusan yang baik.”

Penyokong perdagangan bebas bimbang krisis ekonomi global dan pembuangan pekerja yang berterusan akan memaksa kerajaan melaksanakan dasar yang menyebelahi syarikat milik negara dan mengurangkan aliran perdagangan dunia. - AFP

Sumber: http://www.bharian.com.my

Keadaan pasaran yang sebegini semestinya diambil peluang bagi pelabur jika tempoh pelaburan anda mid-long term (3 tahun - 5 tahun keatas). Harga NAV seunit telah mencecah paras murah berbanding belian NAV seunit tahun 2007. Sumber IMF menunjukkan apabila apabila ekonomi global dapat sudah keluar daripada kegawatan ekonomi, pasaran Asia akan dapat berkembang dengan pesat kembali.

Belian unit amanah pada tempoh ini memberikan peluang kepada pelabur mendapat unit yang banyak berbanding jika membeli pada harga yang tinggi. Contoh mudah, jika tahun 2007 anda mempunyai RM10,000, jika seunit berharga RM1 unit yang diperolehi hanya 10,000 unit, tetapi jika hari ini 2009 harga seunit pada paras RM0.50 dengan RM10,000 anda mempunyai 20,000 unit. Jika keadaan pasaran kembali pulih pada tahun 2010 dengan harga ke paras RM1 kembali anda telah mendapat keuntungan RM10,000.





Isnin, 2 Februari 2009

Market Commentary

03 February 2009


The Stocks in Bursa Malaysia ended 1.29 points higher to settle at 884.45 points in a lackluster trading on Friday despite overnight losses on Wall Street. The benchmark KLCI index opened slightly lower on a negative lead from Wall Street overnight and later lost 11.63 points to reach an intra-day low of 871.53 points in the morning session as investors were bracing for more bad news on the economic front, especially from the US economy.

However, some mild bargain-hunting among key heavyweights helped narrow overall losses and eventually reversed from earlier losses to close marginally higher as investors treaded between profit-taking, continued caution and mild optimism. Overall, the broader market sentiment was still fragile, with investors wary of falling company profits and the recent bout of heavy job cuts around the globe. The poor sentiment made most investors remained sidelined until there is greater clarity on when a recovery might be expected.

Trading was very thin as many investors still away for the Chinese New Year holidays with turnover increased to 295.47 million shares valued at RM462.01 million from Thursday's 286.65 million shares worth RM415.29 million. Leading Movers were MISC (+30 sen to RM8.85), IOI CORP
(+8 sen and RM3.92) and COMMERZ (+10 sen to RM6.40). Lagging Movers were TENAGA (-10 sen to RM5.90), TMI (-10 sen to RM3.18) and MAYBANK (-5 sen to RM5.25). Market Breath was mixed with 202 advancers as compared to 201 decliners.

Source: JF Apex Securities Bhd

CIMB Islamic Group Asset Management won an award for Islamic Fund House of the Year category

We won the Regional Award for “Most Innovative Award for Investor Education” by Asia Asset Management* Best of the Best Awards 2008.

CIMB Islamic Group Asset Management also won an award for Islamic Fund House of
the Year category, of which CIMB-Principal’s Islamic unit trusts and institutional
mandates contributed the bulk of assets under management.

Keep up the good work!


J. Campbell Tupling

Chief Executive
CIMB-Principal

* As a consultant, I am proud to be here, working here and will be working more hard to achieve my desire, goal and vision. Thanks also to the management for giving us continuously professional training and all the guidance... also to JB Branch Manager Mr Justin, my GAM Mr Teo, my leader Mr Rizwan Saab and also to myself.

* To all my investors, thanks for all your patient, understanding and really support to CIMB Wealth Advisors.