Ahad, 14 September 2008

Cerita Katak Yang Pekak

Salam petang....
Petang ni saya baru pulang dari berjumpa seorang klien di UTM skudai, alhamdulillah dapat close sales dan malam ni ada satu lagi pertemuan di Taman Johor, Tampoi. Sejurus pulang ke rumah, saya terus membuka blog dan melihat rakan saya memberi sapaan sokongan. Rupa-rupanya beliau juga mempunyai blog sendiri (http://othman1978.blogspot.com/). Satu entir yang beliau temui dari blog karangan Phang Arie Susanto Diary Rila. Sangat menarik yang saya hendak kongsikan dengan anda. Seperkara, saya juga kini menggunakan kaedah ini untuk meneruskan kejayaan saya sehingga kepuncak kejayaan.

Di suatu kampung katak di pelosok daerah manusia, khabarnya terdapat sebuah Box ajaib yang diyakini dapat mengabulkan semua permintaan pembukanya. Box tersebut berada di puncak gunung yang mempunyai ketinggian 1000 kaki. Suatu ketika saat gosip tersebut mulai meluas, maka katak pun berkumpul di kaki gunung untuk bersiap-siap melompat ke puncak itu. Terdapat sekitar 500an katak di sana.
Dan tiba-tiba melompatlah seekor katak ke gunung tersebut dengan susah payah, akhirnya setelah beberapa saat katak itu jatuh dan terguling-guling turun. Lalu katak itu pun berkata kepada katak yang lain kalau ini mustahil untuk didaki katak. Katak-katak yang mencoba pun sudah banyak sekali yang gagal.
Tidak lama setelah itu muncul lagi seekor katak dari belakang dan langsung melompat ke gunung dengan penuh semangat, terus terus dan terus. Tapi setelah beberapa saat maka katak-katak yang gagal tersebut mulai meneriaki katak itu “oooiii… kamu ga mungkin bisa lah, kita ini cuma katak mana mungkin bisa mendaki gunung 1000 kaki!!!”. Katak yang sedang melompat pun spontan menoleh ke belakang dan akhirnya.. buumm, ia terpeleset dan jatuh lagi ke bawah. Ia pun merasa gagal!!
Sudah hampir separuh katak yang mencoba dan gagal, tapi di satu sisi ada seekor katak yang sudah melompat setinggi 500 kaki lebih dengan sangat cepat. Sepertinya katak itu akan berhasil… tapi tiba-tiba semua katak yang di bawah berseru lagi “oooiii… jangan buang waktu lah kita nih cuma katak, mana mungkin bisa!! Belum tentu juga Box itu adalah Box ajaib!!!” Si katak yang saat itu sudah mencapai 700 kaki pun, berhenti sambil berpikir. “Benar juga yah, belum tentu Box ini bisa mengabulkan permintaan saya. Lagian saya kan cuma katak”. Tiba-tiba si katak pun turun ke bawah dengan sendirinya sambil banyak berpikir.
Setelah beberapa saat tidak ada katak yang mencoba mendaki gunung, dari kejauhan terlihat katak yang sedang melompat dengan sangat kuat sekali. Tiba-tiba wwuusshh si katak itu mulai melompat ke gunung dan terus melompat tanpa berhenti. Dengan sangat cepat ia sudah mendaki 200, 300, dan 500 kaki. Katak-katak yang di bawah pun mulai meneriaki dia!! “oooiii… kmu ga akan bisa, kita ini cuma katak!! Belum tentu juga itu ada Box ajaibnya!!” Tapi si katak itu terus melompat tanpa menoleh ke belakang . Tinggal 200 kaki, 100, dan sampai lah katak itu di puncak. Dengan perasaan deg-degan katak itu membuka Box tersebut sambil meminta untuk menjadi manusia!! Dan tiba-tiba jadilah ia seorang pria yang tampan…
Wartawan dari berbagai kantor berita pun mulai menemui katak dan mewawancarainya “Hai katak kenapa kamu bisa sampai di atas sini??” Jawab katak “saya sampai di puncak!!!”. Lalu wartawan pun bingung dengan jawaban katak dan mencoba bertanya lagi “Kenapa kamu bisa tapi teman-teman kamu ga bisa??” “saya jadi manusia sekarang…”jawab si katak. Karena jawabannya selalu tidak sesuai akhirnya ia pun dibawa wartawan ke RS dan akhirnya diketahui kalau katak yang menjadi orang tersebut ternyata adalah Seekor Katak Yang Tuli.
Moral cerita ini adalah : Pembaca, disedari atau tidak seringkali pada saat kita ingin mencapai sesuatu banyak sekali halangan yang harus dihadapi. Mulai dari orang yang tidak dikenal, teman, bahkan sampai keluarga. Ada yang bilang kita ga bisa lah, ada yang bilang ga mungkin lah, dll. Banyak sekali orang-orang yang gagal ingin kita mengikuti kegagalannya!! Tapi iya, ini adalah goal kita sendiri jadi kalau kita benar-benar yakin dengan apa yang kita ingini, tutup mata kita, tutup telinga kita, dan jalani sesuai keyakinan kita!!! Success is My Right

Comment Osman (my friend): Menarik bukan? Cuba renungkan dan bandingkan betapa banyaknya orang menarik anda ke belakang, setiap langkah anda ke hadapan menuju impian. Mana yang anda selalu lakukan? Berpatah balik atau meneruskan perjalanan dengan menutup telinga? Selamat Maju Jaya!

Comment Usophussein : Jangan biar masa depan kita ditentukan oleh orang lain. Masa depan kita adalah hak milik kita, biar orang kata apa pun ia milik dan hak kita. Teruskan mencapainya dan pekakkan telinga kita dari kata-kata negatif mereka.

Khamis, 11 September 2008

Bengkel "Mengatasi Perasaan Malu Untuk Menjual"

Bengkel bertajuk "BAGAIMANA UNTUK MENGATASI PERASAAN MALU"

Bengkel ini akan dijalankan bagi membantu anda yang ingin berjaya dalam perniagaan, tetapi masalah malu untuk bertemu dengan pelanggan. Takut untuk membuka bicara atau pertanyaan.

Pengisian bengkel ini tidak hanya bertumpukan kepada teori tetapi juga praktikal (teori 30%, praktikal 70%). Bagi sesiapa yang berminat, maklumat bengkel adalah seperti berikut:

Alamat : CIMB Wealth Advisors

23 & 23A, Jalan Harimau Tarum

Taman Century, 80250

Johor Bahru, Johor

Tarikh : Ahad 21 September 2008

Bahasa : Bahasa Malaysia

Bayaran: RM30 sahaja (makanan tidak disediakan)

Masa: 9 pagi – 5.30 petang

Sila berikan maklumat nama, alamat, email, no untuk dihubungi. Segala proses bayaran akan dimaklumkan melalui email. Sila emailkan ke yusofhussein@gmail.com


Sekian, terima kasih

Malu untuk memulakan perniagaan

Malu merupakan sikap yang baik dan perlu ada dalam diri semua ummah manusia, kerana dengan ia adalah benteng kepada kita daripada segala gejala maksiat. Walaubagaimanapun adakah perlu ada perasaan malu jika hendak memulakan atau hendak menjalankan perniagaan.

Islam ada mengatakan 9/10 daripada punca rezeki adalah didalam perniagaan, maknanya jika bekerja makan gaji boleh dapat RM2,000 maka didalam perniagaan kita boleh dapat pendapatan RM18,000 (9 X RM2,000).

Masyarakat Melayu sememangnya terkenal dengan sikap malu, kita malu kerana beberapa perkara:

  1. Tanggapan negatif orang

Kita takut jika orang memberikan tanggapan negatif orang, jiran, keluarga terhadap kita. Kita suka memberikan tanggapan awal terhadap orang lain berpendapat tentang kita membuatkan perniagaan. Perasaan ini datang dari perasaan kita yang negative. Apabila timbul perasaankita sebegitu, walupun orang sekeliling tidak pun beranggapan begitu tetapi anda telah terlebih dahulu mengundurkan diri sebab malu, sedangkan pada hakikatnya orang itu berminat hendak membeli barangan atau perkhidmatan yang anda tawarkan. Sewaktu saya mula-mula menceburkan diri dalam perniagaan, saya menjual produk kesihatan. Perasaan malu memang menebal sewaktu itu. Ada seorang tetangga telah menziarahi ibu saya, jika dilihat itu peluang untuk memperkenalkan barangan saya, tetapi kerana ikutkan sangat malu, saya tutup mulut. Beberapa hari kemudian, rakan saya mengajak saya menemani dia untuk berjumpa dengan seorang klien bagi menyerahkan barangan yang kami jual, tanpa disangka klien tersebut adalah rakan ibu saya yang bertandang ke rumah saya tempoh hari. Klien tersebut memang mencari-cari barangan kesihatan yang saya jual. Kan dah melepas!

  1. Tidak beranggapan perniagaan adalah kerja mulia

Perniagaan telah dijalankan semenjak dahulu kala, junjungan nabi besar kita Muhammad S.A.W juga berniaga sewaktu sebelum menerima wahyu. Islam tersebar ke Tanah Melayu juga melalui pedagang-pedagang Arab yang berdagang. Kita tiada perasaan bahawa berniaga adalah kerja yang mulia. Malah kita beranggapan berjumpa dengan orang untuk memperkenalkan seperti pengemis meminta sedekah. Kita tidak mengemis untuk orang membeli barangan kita, sebaliknya kita menyediakan barangan untuk keperluan mereka. Jika mereka tidak membeli bukan bermakna mereka benci dan tak sukakan kita. Mungkin pada waktu itu, belum ada lagi keperluan untuk dia membeli, atau belum cukup lagi kewangan untuk dia membeli, atau juga dia telah pun mempunyainya.

  1. Takutkan penolakan daripada pelanggan

Kebiasaannya perasaan ini boleh datang sebelum anda bertemu dengan pelanggan lagi, mereka ini telah membuat tanggapan awal bahawa “kalau aku jumpa orang ni, badan besar, muka bengis, dia mesti menolak daripada aku nak berjumpa dengan dia”. Perkara yang sama pernah terjadi kepada saya. Sewaktu itu saya membeli minuman, disebelah saya ada seorang lelaki berbadan besar, misai tebal, bersama anaknya. Perasaan hati bersemangat untuk berkenalan dan memperkenalkan perkhidmatan saya, bila dilihatkan fizikal lelaki itu saya tidak meneruskan hasrat. Pada waktu yang lain saya terserempak lagi dengan lelaki ini di pasar sedang menunggu isteri yang membeli barang. Saya juga sewaktu itu menunggu isteri. Saya melawan perasaan takut saya, saya mulakan dengan perbualan dan kemudiannya membuka langkah memperkenalkan perkhidmatan saya. Tidak sangka, dia bersetuju untuk bertemu dengan saya di rumahnya. Dan setelah perjumpaan dirumah saya dapat menutup jualan. Sedar atau tidak, tanggapan awal adalah tidak bermakan selagi anda belum bersemuka dengan mereka terlebih dahulu.

Atas perkara yang sama, saya bercadang untuk membuka bengkel satu hari khusus untuk bagaimana mengatasi perasaan malu untuk berjumpa pelanggan. Bengkel satu hari ini akan melibatkan teori dan praktikal. Diakhir bengkel ini anda akan dapat mengatasi perasaan malu dan seterusnya dapat memulakan perniagaan yang melibatkan perjumpaan dengan pelanggan.

Maklumat bengkel seperti berikut:

Alamat : CIMB Wealth Advisors

23 & 23A, Jalan Harimau Tarum

Taman Century, 80250

Johor Bahru, Johor

Tarikh : Ahad 21 September 2008

Bahasa : Bahasa Malaysia

Bayaran: RM30 sahaja (makanan tidak disediakan)

Masa: 9 pagi – 5.30 petang

Sila berikan maklumat nama, alamat, email, no untuk dihubungi. Segala proses bayaran akan dimaklumkan melalui email. Sila emailkan ke yusofhussein@gmail.com

Dunia Luas Unit Amanah

Apakah unit amanah?
Unit amanah semakin popular beberapa tahun kebelakangan ini. Ini kerana unit amanah merupakan jalan bagi pelabur kecil untuk meluaskan kepelbagaian pelaburan tanpa perlu had jumlah wang yang dilaburkan. Manfaatnya pula bukan setakat itu sahaja.

Tetapi, apakah unit amanah? Unit amanah merupakan skim pelaburan yang mengumpulkan wang daripada ramai pelabur yang berkongsi matlamat kewangan yang sama. Sebagai pertukaran kepada wang itu, dana menerbitkan unit kepada pelabur yang dikenali sebagai pemegang unit. Pemegang unit boleh menjual semula (iaitu menebus) unit mereka kepada dana, atau membeli (dan menjual) unit seterusnya.

Pengurusan dana
Dana diurus oleh sekumpulan pengurus profesional (dikenali sebagai syarikat unit amanah) yang akan melabur wang yang terkumpul dalam portfolio sekuriti seperti saham, bon dan instrumen pasaran wang atau lain-lain sekuriti yang dibenarkan untuk mencapai objektif dana. Disebabkan jumlah besar wang terkumpul, pengurus dana boleh mempelbagaikan pelaburan dan ini boleh meminimumkan risiko pelaburan.

Pendapatan
Jumlah aset dana menentukan nilai dana dan harga dibayar oleh pemegang unit atau jumlah yang diterima apabila mereka menebus unit. Dana unit amanah memperoleh pendapatan daripada pelbagai pelaburan dalam bentuk dividen, pendapatan faedah dan perolehan modal. Pendapatan ini kemudian diagihkan kepada pemegang saham mengikut nisbah pegangan unit mereka, dalam bentuk dividen atau unit bonus.

Perlindungan untuk pemegang unit
Sebagai pemegang unit, perlindungan anda dalam unit amanah dipastikan melalui cara unit amanah itu dibentuk. Unit amanah sebenarnya satu amanah. Perlindungan terkandung dalam surat ikatan yang menyatakan kewajipan, tanggungjawab dan jangkaan tiga pihak dalam unit amanah iaitu:
Pemegang unit amanah yang memperuntukkan dana untuk pelaburan;


Syarikat unit amanah yang menyediakan pelaburan, perkhidmatan pentadbiran dan pemasaran; dan


Syarikat pemegang amanah yang memegang aset amanah bagi pihak pemegang unit.

Ada tiga sumber maklumat yang perlu anda kaji apabila memilih dana. Sumber tersebut ialah prospektus dana, surat ikatan amanah dan penyata kewangan yang mengandungi laporan tahunan dan interim yang boleh didapati secara percuma untuk semakan di premis pengurus dana.

Baca prospectus
Prospektus merupakan dokumen yang amat penting kerana ia membentangkan matlamat dana, strategi perlaburan dan polisi serta kedudukan ganjaran dan risiko yang diambil. Ia mungkin bahan bacaan yang penuh dengan istilah perundangan, tetapi anda perlu membaca dengan teliti untuk memastikan bahawa matlamat anda sama dengan dana tersebut. Akaun kewangan akan menunjukkan jika dana masih mengikut perancangan dan bagaimana pencapaiannya dalam perancangan tersebut. Bagaimanapun sebagai pelabur, anda perlu mempertimbangkan faktor berikut ketika memilih dana:
Objektif pelaburan - ia perlu dinyatakan dengan jelas, jika tidak pengurus dana berpeluang untuk tidak melaksanakan apa yang anda kehendaki ketika memilih dana tersebut.


Polisi pelaburan - jenis pelaburan dan strategi yang dibenarkan perlulah sama dengan yang anda yakini.


Saiz dana dan aliran pertumbuhan.


Sebarang sekatan pelaburan, seperti pelaburan minimum dikehendaki.


Tahap risiko pelaburannya - unit amanah tidak terlepas daripada risiko sepenuhnya.


Jenis dan jumlah yuran - fahami supaya anda tidak terkejut.


Prestasi lepas jumlah pulangan tahunan, NAV (nilai aset bersih, iaitu nilai bagi setiap unit), nisbah belanja, dan terutama pembahagian pendapatan kepada pelabur, dan pertumbuhan aset - supaya anda boleh mengukur prestasi dana selama ini.


Portfolio pelaburan terkini - supaya anda tahu peratusan pegangan bagi setiap jenis aset.


Maklumat berkenaan Lembaga Pengarah dan kumpulan pengurusan utama (terutamanya pengurus dana, juruaudit dan pemegang amanah).
Sumber: SIDC
Comment penulis: Simpanan unit amanah sangat sesuai jika objektif simpanan anda adalah 3 tahun - 5 tahun. Kepelbagaian dana yang boleh diambil mengikut kesesuaian profil risiko anda (konservertif, moderate, moderate aggresive dan aggresif). Dapatkan keterangan lanjut dengan agen anda berkenaan dengan maklumat ini.

Rabu, 10 September 2008

Kelebihan Unit Amanah

Kelebihan melabur dalam unit amanah:

Mengikut kemampuan
Ini merupakan kelebihan yang nyata sekali - tidak banyak kos diperlukan untuk melabur dalam dana amanah. Bagi pelaburan permulaan serendah RM500, pelabur boleh membeli dana dan mendapat:

Kepelbagaian segera
Pelabur dalam unit amanah berpeluang menyertai lebih banyak sekuriti berbanding dengan pelaburan yang dibuat secara persendirian. Dengan modal yang sedikit, pelabur persendirian hanya mampu membeli sejumlah kecil saham dan terhad dalam beberapa syarikat sahaja. Tetapi apabila wang tersebut dilabur dalam dana unit amanah, dia akan memperoleh kepelbagaian segera - wangnya akan terkumpul bersama-sama wang pelabur lain dan menghasilkan modal yang banyak dan boleh digunakan untuk membeli saham lebih banyak syarikat disebabkan kuasa beli lebih besar.

Dengan kepelbagaian, risiko boleh dikurangkan. Kerugian di beberapa kaunter boleh diimbangi oleh keuntungan diperoleh di kaunter lain. Pelabur boleh terus mengurangkan risikonya dengan melabur dalam beberapa dana dan tidak terhad kepada satu dana sahaja.

Mudah tunai
Pembelian dan penjualan unit amanah lebih mudah berbanding melabur terus dalam saham sesebuah syarikat di mana harga dan peluang untuk membuat urus niaga bergantung kepada penawaran dan permintaan saham pada masa itu.

Pengurusan profesional yang berterusan
Unit amanah diuruskan oleh kumpulan profesional berpengalaman yang menguruskan dana secara teratur dan berdasarkan fakta berbanding pelabur individu yang mungkin membuat pelaburan secara rambang. Keputusan pelaburan yang diambil oleh pengurus dana dibuat berdasarkan penyelidikan meluas dan kemahiran melabur mereka sendiri, dan mereka akan terus mengawasi portfolio berdasarkan maklumat yang telah diselidiki.

Mengurangkan tekanan
Pelabur tidak perlu risau kerana tidak perlu mengawasi sendiri pelbagai pelaburan yang dibuat olehnya - mengawasi prestasi dan membuat keputusan bila hendak membeli atau menjual. Sebaliknya pelabur mempunyai kumpulan profesional yang berkemahiran menguruskan untuknya. Pemegang unit menerima laporan interim setiap enam bulan mengenai perkembangan dana mereka, perubahan pelaburan yang dibuat dan bayaran dividen, juga pendapat pengurus dana berhubung pasaran pelaburan dan ekonomi. Mereka juga menerima laporan tahunan.

Peluang memiliki aset kewangan lebih meluas
Pengurus dana unit amanah boleh menjual beli produk pelaburan yang biasanya tidak berpeluang didekati oleh pelabur individu, seperti bon kerajaan dan bon korporat, yang mungkin dihadkan kepada pelabur institusi sahaja. Sebahagian daripada produk ini diniagakan dalam jumlah besar, dan ini mengehadkan kemampuan pelabur individu walaupun mereka diberikan peluang tersebut.

Sumber: Securities Industry Development Corporation (SIDC)

Isnin, 8 September 2008

Seminar Kerjaya Sebagai Konsultan Bersama CIMB Wealth Advisors

Seminar Kerjaya ini akan dijalankan di alamat seperti berikut:
CIMB Wealth Advisors
23&23A, Jalan Harimau Tarum
Taman Century
80250 Johor Bahru
Johor

Kelas Bimbingan 8 Okt 2008 (8.30malam)

Salam segar.....
Alhamdulillah, kelas bimbingan yang dikendalikan oleh Mr Teo malam tadi telah berjalan dengan baik, sekitar 15 konsultan yang majoritinya konsultan baru (tahniah kerana memilih kerjaya ini sebagai kerja baru anda). Maklumat dan bimbingan yang baik dan berilmu telah disampaikan oleh Mr Teo. Sekitar 9 malam bermula dan tamat 11.30 malam. Kelas bimbingan ini telah dijalankan di
CIMB Wealth Advisors (caw JB)
23 & 23A, Jalan Harimau Tarum, Taman Century
80250 Johor Bahru, Johor

Jadi pada blog hari ini saya ingin berkongsi dengan pembaca semua ilmu yang telah disampaikan.
* sebelum itu, Tahniah kepada Zulfikar, dapat jualan RM50,000.

Isi-isi penting yang disampaikan:
  1. Rekrutmen : Beliau mengibaratkan rekrutmen sebagai proses membuka cawangan/outlet. Maybank, CIMB bank, Public bank, Jusco, Giant, Carefoure adalah contoh-contoh outlet-outlet yang dibuka lebih dari satu cawangan. Mengapa? agar mereka boleh melebarkan perkhidmatan dan produk mereka ke serata tempat dan kawasan. Dengan bertambahnya otlet, maka jualan akan bertambah, pendapatan akan bertambah. Maka konsultan menambah rangkaian perkhidmatan dengan menambah bilangan konsultan untuk melebarkan sayap perkhidmatan. Jika hanya satu konsultan sahaja mana mungkin dia dapat berada di pelbagai tempat dalam satu masa, mana mungkin dia boleh bekerja 30 jam sehari. Untuk itu, tambahan bilangan konsultan baru diambil. Wujud pula satu soalan yang pernah diajukan seperti petir kepada saya sewaktu memperkenalkan kerjaya ini pada seseorang rakan. Kerjaya ini mempergunakan orang bawahan untuk kesenangan orang atasan. Orang bawahan kerja teruk, orang atas dapat hasil senang-senang. Pertanyaan saya pada leader-leader diatas saya, adakah benar mereka mempergunakan saya, saya menyenangkan mereka diatas. Saya nampak tidak, mereka bekerja 12jam-15jam sehari untuk membantu ahli kumpulan sedangkan saya masih 2jam-3jam sehari. Beliau mengambil risiko berhenti kerja sebagai senior jurutera dengan pendapatan yang dah mewah sebulan, untuk membantu saya dan rakan-rakan yang masih makan gaji (part timer). Saya kembalikan soalan tersebut kepada anda yang masih makan gaji. Kerja 8pagi hinggan 5petang / 8 pagi - 8 malam / 8 pagi - 10.00 malam. Saya suka mengambil kata-kata En Arif myUnitTrust.com (kerja macam keldai dapat gaji macam monyet) kemudian satu lagi istilah (rat eat rat). Fikirkan lah!!
  2. Orang celik dipakaikan cermin mata buta: Orang celik dipakaikan cermin mata buta (teringat saya sewaktu melawat sekolah pelajar buta di JB, pelajar celik main bola dengan pelajar buta, yang celik kena pakai cermin mata buta, baru adil nak main bola dengan pelajar buta, dikalahkan 3-1 dengan pelajar buta) orang ini jika dilepaskan kemudian terpegang kaki gajah akan kata "ini pokok balak". Apa maksudnya disini, kita apabila diterangkan tentang peluang melabur dalam unit amanah/unit trust atau diperkenalkan dengan kerjaya sebagai konsultan unit amanah, kita sering mengatakan "nanti, saya tanya dengan ibu saya, bapa saya, isteri saya" mereka yang tidak tahu menahu tentang unit amanah. Adakah jawapan yang anda akan dapat? adakah:-
    1. Baguslah nak, unit trust tu boleh memberi pulangan jangka panjang.
    2. Haah! bagus tu bang, abang jadi konsultan, tu pun kerjaya bagus tu. ATAU
    3. Apa tu unit trust, kau jangan tu skim cepat kaya, nanti duit kau habis.
    4. Tak payah lah abang, kerja abang ni pun dah ok, stabil, menjamin masa depan
Kita bertanya dengan orang yang tidak tahu, maka jawapannya adalah negatif, maka nak
kenalah tanya dengan saya, dengan mereka yang dah melabur dalam unit amanah dan
faham benar-benar tentang konsep unit amanah. Maka jawapan anda adalah positif.
Kalaulah industri ini tak betul, tak bagus mana mungkin Dato Nadzir membeli SBB Mutual
dengan nilai 6.7 billion. (bukan 6 ribu setengah)
3. Durian: The king of the fruit. Raja segala buah, yang mana apabila musimnya tiba, baik
muda, tua, budak, melayu, Cina, India, Mat Salleh sukakannya. Segelintir yang kurang enak
dengan buah durian sebab bau. Buah durian yang ebank dan sedap ni nak dapat kena tunggu
4-5 tahun selepas tanam pokoknya. Bila dah berbuah semua dapat rasa keenakannya.
Dalam unit amanah janganlah nak bila mula melabur hari ini tahun depan dah nak hasil
besar. Mula menjadi konsultan 6 bulan dah nak kaya. Bila ada keinginan dan kehendak
begini anda akan marah, kecewa bila setahun dah berlalu tapi hasil tak seberapa. Konsep
menyimpan dalam unit amanah adalah jangka sederhana dan jangka panjang (3 tahun-5
tahun). Barulah boleh tengok hasil. Jadi konsultan, buat sungguh-sungguh, usaha tekun 2
tahun, barulah nampak hasil. Jadi berilah masa kepada diri anda, kepada kerjaya konsultan
dan kepada simpanan anda. Bila dah ada hasil, dah dapat untung, dah kaya, maka hasilnya
semua merasa, anak isteri, mak ayah, kakak abang, sedara mara, jiran tetangga, orang
miskin dan papa. Tidakkah itu berbaloi namanya?

Masih ada beberapa isi penting lagi, cuma untuk tika ini biarlah sampai disini, akan saya sambung lagi.



Ahad, 7 September 2008

Seminar Peluang Kerjaya

Sebuah seminar peluang kerjaya sebagai konsultan unit amanah akan dilangsungkan di:

Tempat: 23 & 23A, Jalan Harimau Tarum,
Taman Century, 80250, Johor Bahru

Tarikh : 9 Nov 2008 (Selasa)
Masa : 8.30 malam

Hubungi : Yusof 014-6144715
Email : yusofhussein@gmail.com

*penerangan ringkas tentang lokasi: bertentangan dengan Plaza Pelangi Johor Bahru, ada Esso, bertentangan dengan Esso ada Standard Chartered. CIMB Wealth Advisors terletak bersebelahan Standard Chartered.

Komen penulis: Bagi anda yang nak tahu, nak dengar, nak dapat info, nak daftar...waktu ini adalah masanya.

Apa itu Unit Amanah?



Unit amanah ialah skim pelaburan kolektif yang dibentuk untuk tujuan mengumpul tabungan pelabur supaya tabungan tersebut diurus dan dilabur untuk manafaat bersama.

Operasi setiap unit amanah dikawal selia oleh surat ikatan, yang melantik syarikat pengurusan unit amanah (cth: CIMB Wealth Advisors (WA)) dan pemegang amanah serta menerangkan bagaimana unit amanah dikendalikan secara terperinci. Syarikat yang menguruskan unit amanah (cth: CIMB WA) bertanggungjawab keatas operasi unit amanah.

Pemegang amanah dilantik untuk mengawasi operasi unit amanah. Tugasnya juga termaktub didalam surat ikatan.

Syarikat pengurusan unit amanah ini akan melaburkan wang yang terkumpul tersebut kedalam bentuk-bentuk pelaburan yang mengikut objektif dana tersebut. Wang terkumpul tersebut akan dilaburkanke bentuk-bentuk pelaburan seperti sekuriti kerajaan, sijil kerajaan, bond kerajaan dan swasta, deposit institusi kewangan dan lain-lain lagi.

Pelabur akan dikenakan caj perkhidmatan bagi setiap wang pelaburan yang dilaburkan. Oleh itu jumlah sebenar wang pelaburan mestilah juga mengambil kira caj perkhidmatan yang dikenakan.

Para pelabur juga harus benar-benar memahami konsep pelaburan unit amanah. Tempoh masa juga harus diambil kira oleh para pelabur, kerana unit amanah adalah simpanan pelaburan berkonsepkan jangka masa sederhana dan panjang ( 3 tahun-5 tahun). Jika objektif pelabur adalah pulangan jangka pendek, maka simpanan unit amanah tidak berapa bersesuaian dengan kehendak pelaburan mereka.

Selamat Melabur....

Kelas Latihan Perunding Amanah

Kelas latihan perunding amanah yang akan dikendalikan oleh orang pertama yang menjadi konsultan unit amanah dengan kod agen 0001, sudah 22 tahun menjadi konsultan dan sekarang pun masih menjadi konsultan, ambil peluang untuk hadiri kelas latihan ini bagi memantapkan kemahiran dan ilmu kita. :-

Tempat: CIMB Wealth Advisors
23 & 23A, Jalan Harimau Tarum,
Taman Century, 80250
Johor Bahru

Masa : 8.30 malam
Tarikh : 8 Sept 2008 (Isnin)

Sila hubungi Mohd Yusof 014-6144715 atau email ke yusofhussein@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Jumaat, 5 September 2008

Unit Trust Consultant Vacancy


In order to spreading an information about this vacancy...I have been advertised a job vacancy into this site. Please let your friends know about this vacancy. Here is the add:

CIMB nak beri duit raya....

Salam Perpaduan....

Peluang masih terbuka kepada semua pelabur sedia ada dan pelabur baru...CIMB akan memberikan agihan pendapatan sebanyak 10sen seunit bagi dana DALI2....dana ini adalah dana yang mematuhi syariah jadi ia dikategorikan sebagai ISLAMIK....

Tarikh tutup: 9 Sept 2008 Selasa
Tarikh Agihan : 11 Sept 2008 khamis

Sila hubungi saya Yusof di 014-61441715 atau email : yusofhussein@gmail.com

www.cimb-wealthadvisors.com


Bagi anda yang berminat untuk menjadi Perunding Amanah Saham/ agen sila hubungi saya, lagi cepat anda sertai lagi cepat dapat duit raya...

http://perundingamanahsaham.blogspot.com

Mahalnya RM348 untuk bayaran peperiksaan dan latihan....


Salam perpaduan....
Pembaca yang arif, setiap yang bernilai itu ada harganya. Bayaran tersebut bukan untuk saya membuat kekayaan kerana wang tersebut adalah untuk keperluan bagi anda menjadi agen....saya juga membayar nilai yang sama pada mula nak menjadi agen.

Anda tidak dibiar begitu sahaja, dengan latihan yang akan saya berikan secara online akan membolehkan anda memperolehi kembali wang modal anda. Saya pada bulan pertama telah pun dapat komisyen RM700++. Dapat kembali modal anda. Kemudian jika anda dapat membuat jualan RM40,000 dalam tempoh tiga bulan wang bayaran peperiksaan FMUTM anda akan dikembalikan kepada anda. Hah! tidakkah itu berbaloi....Bagaimana nak dapat jualan RM40,000, jawapannya adalah dengan latihan bimbingan yang akan diberikan. Bukan sahaja RM40,000 malah saya yakin jika anda benar-benar melaksanakan apa yang telah diajar, lebih daripada RM40,000 jualan boleh anda perolehi.

Justeru, saya kembalikan soalan ini "Adakah RM348 itu berbaloi untuk anda laburkan?" Tepuk dada tanya diri anda sendiri. Keputusan terletak ditangan anda.

Projek Mega


Salam Perpaduan....
Kemudahan teknologi maklumat yang meledak kini menjadikan perhubungan serantau begitu mudah. Idea ini akan dilaksanakan secepat mungkin bagi kemudahan semua yang berminat untuk menjadi Unit Trust Consultant CIMB. Setelah terbinanya idea ini anda akan mudah untuk mengikuti segala latihan dan bimbingan dengan saya tidak kira dimana anda berada dan anda tidak perlu untuk ke Johor Bahru untuk mengikuti program latihan bersama saya. Apakah keperluan anda untuk mengikuti program ini.
Syarat-syaratnya:-
  1. Mendaftarkan diri untuk menjadi agen dahulu iaitu:-
  • mestilah berumur 21 tahun keatas dan berkelulusan sekurang - kurangnya minima SPM.
  • 6 Keping Gambar Pasport/IC
  • 2 salinan potostat Sijil/Diploma/Ijazah
  • 2 salinan potostat kad pengenalan (IC)
  • 2 salinan potostat muka depan saving passbook CIMB Bank
  • Yuran peperiksaan/lesen RM348 termasuk tutoriol, yuran peperiksaan FMUTM, dan kursus latihan.
  • * Jika anda menetap luar daripada Johor Bahru, segala dokumen salinan ini boleh di poskan kepada saya. Alamat akan diemailkan kemudian.
2. Seterusnya anda akan diberikan pilihan tarikh untuk menduduki peperiksaan, tutorial akan
diberikan secara online (yang akan diemailkan ke email anda). Setelah anda lulus
peperiksaan dengan FMUTM anda akan diberikan agent code dan anda telah boleh
mendapat komisyen anda. Dengan agent code itu nanti anda juga telah boleh menggunakan
laman https://www.cimb-wealthadvisorsassist.com/

3.Setelah itu anda akan diberikan latihan secara online, iaitu akan saya emailkan bagaimana
untuk menggunakannya kepada anda.

Bagi membolehkan anda mendapatkan kelas bimbingan anda haruslah mempunyai skype (macam yahoo messenger) jika masih tiada boleh didowload secara percuma dilaman web www.skype.com/download kemudian mempunyai web cam ( yang boleh diperolehi dikedai komputer dengan harga kurang daripada RM50.

Saya bercadang untuk membuat latihan online pada setiap hari Sabtu malam (sebarang perubahan akan saya maklumkan melalui email anda)

Dengan adanya sistem latihan online ini akan tidak perlu risau lagi dimana anda berada kerana anda masih boleh menduduki latihan online bersama saya dan telah boleh melakukan jualan...Dah ada jualan bolehlah dapat komisyen....


Mengapakah Kerjaya Sebagai Perunding Amanah Saham

Salam Perpaduan....
Saya sering diajukan pertanyaan ini apabila memperkenalkan peluang kerjaya sebagai perunding amanah saham kepada rakan dan taulan..Saya kembalikan soalan mereka dengan pertanyaan semula...

"Manakah yang mudah bagi awak untuk terima, seorang perunding yang menawarkan perkhidmatan simpanan pelaburan dari sebuah institusi kewangan tempatan yang dikenali atau menjual produk kesihatan?"

Jawapan yang saya terima, adalah sama jawapan bagi anda sebagai pembaca blog saya sekarang ini...Tidak susah untuk anda menwarkan perkhidmatan ini kepada pengguna diluar sana, kerana masyarakat kini tidak lagi seperti masyarakat 15 tahun yang lampau.Masyarakat kini lebih proaktif, berpengetahuan tidak seperti dulu yang lebih konservatif..

Saya mendapat jualan hanya dengan membuka soalan ini "Abang, abang dah ada akaun simpanan amanah saham CIMB?"
Dengan soalan pembuka ini telah membolehkan saya membuat jualan...Justeru mustahilkah anda untuk membuat jualan RM20,000 sehari...Tidak mustahil! (yusofhussein) sebab kami menyediakan anda latihan dan bimbingan sehingga anda yang pemalu, penyegan, penakut(hehe jangan marah dengan statement ini yerr) pun selepas kelas latihan dan boleh buat jualan.

Saya yakin anda masih kurang yakin dengan kata-kata saya, untuk meyakinkan anda tiada cara lain hanya dengan setkan perjumpaan kita, saya akan tunjukkan kepada anda bagaimana..
Kerjaya ini bukan sahaja telah memberikan kesenangan kepada jurutera, peguam, guru, juruteknik, kerani, surirumah, penganggur terpelajar, penganggur, malah kepada makcik dan pakcik...MENGAPA? kerana kerjaya ini adalah kerjaya saya dan anda.