Sabtu, 27 Disember 2008

CONTEST

Sambil duduk-duduk menonton sinotron Isteri untuk suamiku..terfikir untuk memberikan sesuatu impak kepada laman blog saya ini. Justeru, sebagai permulaan saya ingin mengadakan pertandingan. Pertandingan ini mudah sahaja:

Anda perlu membina kad ucapan kepada prospek klien saya. Kad tersebut mestilah dalam bentuk interaktif yang membolehkan saya menghantar melalui email. Kad ucapan tersebut mestilah menarik, kreatif, profesional, dan berunsur ketimuran. Kad tersebut juga membolehkan saya mengedit ayat saya sendiri pada ruang ucapan didalam kad tersebut.

Hadiahnya adalah pilihan anda kerana ada 3 bentuk hadiah untuk menjadi pilihan anda. Anda perlu pilih yang mana satu pilihan hadiah anda jika menang sewaktu menghantar kad tersebut.
  1. Wang tunai RM50
  2. Voucher makanan.
  3. Top up bernilai RM50
Hadiah hanya boleh dipilih satu sahaja.

Hasil karya kad anda perlulah dihantar ke email yusofhussein@gmail.com
Tempoh pertandingan adalah sehingga bulan 31 March 2009.

Comments :

have 1
Sajian Parameswara berkata...
at date 

Thanks maicher...different culture doesn't mean we have different view...please come again