Ahad, 22 Februari 2009

1001 ragam pelanggan menghasilkan 1001 kemahiran

Semenjak beberapa hari ini, saya kerap bertemu dengan rakan-rakan yang berkongsikan pengalaman bertemu dengan pelanggan. Mereka mengeluh kerana pelbagai kerenah pelanggan ditemui. Hasilnya mereka kecewa dan letih. Boleh saya katakan 1001 karenah pelanggan.

Terpanggil untuk berkongsikan pengalaman saya bertemu seorang tauke kedai jam di sebuah pusat membeli-belah di Perling iaitu Perling Mall. Saya tidak berniat untuk membeli jam sekadar hendak melihat jam untuk dihadiahkan kepada salah seorang klien saya. Itulah pertama kali saya merasakan bahawa saya macam raja "Customer is a king" saya telah dilayan dengan begitu ramah. Tidak terasa seperti saya ini menyemakkan kedai jamnya seperti beberapa kedai jam yang saya lawati sebelum ini. Walaupun saya tidak membeli kerana belum berhajat untuk membelinya lagi pada hari tersebut. Tetapi dilubuk-hati saya mengatakan yang saya akan membeli di kedai tersebut kelak bila hendak membeli jam. Walaubagaimana pun saya tidak mahu melepaskan peluang untuk bertanya dengannya, bagaimana dia boleh mempunyai kemahiran melayan pelanggan yang saya kirakan sangat tinggi. Ini turut dipersetujui ibu saya, yang berada di kedai jam tersebut lebih setengah jam membelek dari satu ke satu jam. Akhirnya tidak juga membeli, tetapi tauke kedai ini sedikit tidak menunjukkan perasaan marah atau tidak berpuas hati seperti kebiasaan tauke kedai yang saya ketemui. Malah perkataan yang dikeluarkan yang terngiang-ngiang diingatan ibu saya ialah "ni boleh ke tidur malam ni kalau tak beli" dengan senyuman yang manis. Sangat hebat layanan tauke ini.

Tauke ini memberitahu ia belajar dari pelanggan yang datang, kerana semakin ramai pelanggan yang datang memberikan dia lebih banyak pengetahuan tentang pelanggan dan kemahiran melayan pelanggan. Maka, mengapa harus mengeluh jika kita bertemu pelbagai karenah pelanggan, yang penting teruskan dengan servis yang terbaik agar walaupun pada pertemuan tersebut tiada urusniaga tetapi dilubuk hatinya pasti dia akan datang untuk berurusniaga dengan kita. Lumayan bukan....maka fikir-fikirkan lah.

Comments :

have 2 comments at “1001 ragam pelanggan menghasilkan 1001 kemahiran”
Tanpa Nama berkata...
at date 

Tq kerana sudi melawat blog saya dan meninggalkan komentar sekali...

Agak lama saya mencari blog berkenaan bidang jualan sebagai fokus utama..nampaknya blog saudara ke arah itu,...Apaun tahniah kerana penghasilan blog yang baik sekali..teruskan usaha anda...

Dobit berkata...
at date 

Tq kerana sudi melawat blog saya dan meninggalkan komentar sekali......

Agak lama saya mencari blog berkenaan bidang jualan sebagai fokus utama..nampaknya blog saudara ke arah itu,...Apaun tahniah kerana penghasilan blog yang baik sekali..teruskan usaha anda...