Rabu, 14 Januari 2009

Relax, Sakit dan Tenat

Salam dan selamat pagi....
Seawal jam 8.45 pagi tadi saya berjumpa dengan seorang klien. Perjumpaan dengan beliau memang memberikan kesan mendalam kepada saya. Seorangnya berusia lingkungan 20 an dan seorang lagi lewat 30 an.
Perkongsian dengan 2 wanita itu menyedarkan saya bahawa apa yang saya laksanakan hari ini amat bermakna kepada saya dan orang lain. Mengapa? mari saya mulakan dengan sebuah perjalanan kehidupan seseorang berusia 25 tahun hingga 55 tahun.

(gambar hanya ilustrasi sahaja)

25 tahun - 35 tahun - RELEX
Lingkungan usia sebegini majoriti kita telah pun menamatkan pengajian dan bekerja serta baru berumahtangga dan mempunyai 1 orang anak. Pada waktu ini kita bahagia, gembira, seronok terutamanya bagi pasangan yang suami dan isteri mempunyai kerjaya masing-masing. Kita sangat berkemampuan untuk membeli untuk diri kita dan anak kita. Waktu ini juga kita mula membuat pinjaman seperti kenderaan dan rumah. Agar rumahtangga lebih bahagia. Dan sememangnya kita mampu. Terutamanya pasangan suami isteri bekerjaya. Kita kurang memikirkan berkenaan kewangan kerana kita mampu.


35 tahun - 45 tahun - SAKIT
Pada usia sebegini akan ada tambahan ahli keluarga baru iaitu anak kedua. Anak yang pertama akan berusia 15 tahun dan anak kedua lingkungan 10 tahun. Dengan pertambahan anak akan bertambahlah perbelanjaan dari sudut perbelanjaan sekolah anak, tuisyen, pakaian, makanan, peralatan mainan atau bahan bacaan dan sebagainya. Pertambahan pendapatan ibu dan bapa lingkungan 5% setahun tetapi pertambahan perbelanjaan akan bertambah lebih dari 5% setahun. Mula kita akan terasa SAKIT. Kita perlu menyekat perbelanjaan. Bebanan kerja yang semakin bertambah, tanggungan keluarga juga bertambah, keadaan ekonomi yang merosot. Overtime tiada, tetapi tanggungan tidak pernah tiada. Mula terasa SAKIT.


45 tahun - 55 tahun - TENAT
Pada usia sebegini kondisi tenaga kita mula merosot, perestasi kerja tidak seperti masa muda. Kalau syarikat nak VSS maka usia sebegini yang banyak menjadi mangsa. Pada usia sebegini perbelanjaan anak semakin meningkat, anak nak masuk universiti, kolej, IPTS dan sebagainya. Perbelanjaan semakin bertambah. Sedangkan sepatutnta pada usia sebegini banyaklah masa kita untuk beramal, bukan lagi teruk bertungkus-lumus bekerja. Tapi sebaliknya, kita masih terus teruk bekerja macam usia kita muda.Keadaan mula TENAT. Mengapa kerana pendapatan kita datang dari aspek ACTIVE INCOME bukan dari PASSIVE INCOME.

Bagaimana hendak memperolehi PASSIVE INCOME?
Bagi mengetahuinya, hadirilah seminar kami yang diadakan pada setiap SELASA malam jam 8.30 malam di CIMB Wealth Advisors Bhd, Taman Century, Johor Bahru. Tempahan awal amat diperlukan agar anda mempunyai tempat duduk. Sila hubungi Cikgu Yusof 019-7608341 untuk tempahan anda.

Comments :

have 0 comments at “Relax, Sakit dan Tenat”