Khamis, 11 September 2008

Malu untuk memulakan perniagaan

Malu merupakan sikap yang baik dan perlu ada dalam diri semua ummah manusia, kerana dengan ia adalah benteng kepada kita daripada segala gejala maksiat. Walaubagaimanapun adakah perlu ada perasaan malu jika hendak memulakan atau hendak menjalankan perniagaan.

Islam ada mengatakan 9/10 daripada punca rezeki adalah didalam perniagaan, maknanya jika bekerja makan gaji boleh dapat RM2,000 maka didalam perniagaan kita boleh dapat pendapatan RM18,000 (9 X RM2,000).

Masyarakat Melayu sememangnya terkenal dengan sikap malu, kita malu kerana beberapa perkara:

  1. Tanggapan negatif orang

Kita takut jika orang memberikan tanggapan negatif orang, jiran, keluarga terhadap kita. Kita suka memberikan tanggapan awal terhadap orang lain berpendapat tentang kita membuatkan perniagaan. Perasaan ini datang dari perasaan kita yang negative. Apabila timbul perasaankita sebegitu, walupun orang sekeliling tidak pun beranggapan begitu tetapi anda telah terlebih dahulu mengundurkan diri sebab malu, sedangkan pada hakikatnya orang itu berminat hendak membeli barangan atau perkhidmatan yang anda tawarkan. Sewaktu saya mula-mula menceburkan diri dalam perniagaan, saya menjual produk kesihatan. Perasaan malu memang menebal sewaktu itu. Ada seorang tetangga telah menziarahi ibu saya, jika dilihat itu peluang untuk memperkenalkan barangan saya, tetapi kerana ikutkan sangat malu, saya tutup mulut. Beberapa hari kemudian, rakan saya mengajak saya menemani dia untuk berjumpa dengan seorang klien bagi menyerahkan barangan yang kami jual, tanpa disangka klien tersebut adalah rakan ibu saya yang bertandang ke rumah saya tempoh hari. Klien tersebut memang mencari-cari barangan kesihatan yang saya jual. Kan dah melepas!

  1. Tidak beranggapan perniagaan adalah kerja mulia

Perniagaan telah dijalankan semenjak dahulu kala, junjungan nabi besar kita Muhammad S.A.W juga berniaga sewaktu sebelum menerima wahyu. Islam tersebar ke Tanah Melayu juga melalui pedagang-pedagang Arab yang berdagang. Kita tiada perasaan bahawa berniaga adalah kerja yang mulia. Malah kita beranggapan berjumpa dengan orang untuk memperkenalkan seperti pengemis meminta sedekah. Kita tidak mengemis untuk orang membeli barangan kita, sebaliknya kita menyediakan barangan untuk keperluan mereka. Jika mereka tidak membeli bukan bermakna mereka benci dan tak sukakan kita. Mungkin pada waktu itu, belum ada lagi keperluan untuk dia membeli, atau belum cukup lagi kewangan untuk dia membeli, atau juga dia telah pun mempunyainya.

  1. Takutkan penolakan daripada pelanggan

Kebiasaannya perasaan ini boleh datang sebelum anda bertemu dengan pelanggan lagi, mereka ini telah membuat tanggapan awal bahawa “kalau aku jumpa orang ni, badan besar, muka bengis, dia mesti menolak daripada aku nak berjumpa dengan dia”. Perkara yang sama pernah terjadi kepada saya. Sewaktu itu saya membeli minuman, disebelah saya ada seorang lelaki berbadan besar, misai tebal, bersama anaknya. Perasaan hati bersemangat untuk berkenalan dan memperkenalkan perkhidmatan saya, bila dilihatkan fizikal lelaki itu saya tidak meneruskan hasrat. Pada waktu yang lain saya terserempak lagi dengan lelaki ini di pasar sedang menunggu isteri yang membeli barang. Saya juga sewaktu itu menunggu isteri. Saya melawan perasaan takut saya, saya mulakan dengan perbualan dan kemudiannya membuka langkah memperkenalkan perkhidmatan saya. Tidak sangka, dia bersetuju untuk bertemu dengan saya di rumahnya. Dan setelah perjumpaan dirumah saya dapat menutup jualan. Sedar atau tidak, tanggapan awal adalah tidak bermakan selagi anda belum bersemuka dengan mereka terlebih dahulu.

Atas perkara yang sama, saya bercadang untuk membuka bengkel satu hari khusus untuk bagaimana mengatasi perasaan malu untuk berjumpa pelanggan. Bengkel satu hari ini akan melibatkan teori dan praktikal. Diakhir bengkel ini anda akan dapat mengatasi perasaan malu dan seterusnya dapat memulakan perniagaan yang melibatkan perjumpaan dengan pelanggan.

Maklumat bengkel seperti berikut:

Alamat : CIMB Wealth Advisors

23 & 23A, Jalan Harimau Tarum

Taman Century, 80250

Johor Bahru, Johor

Tarikh : Ahad 21 September 2008

Bahasa : Bahasa Malaysia

Bayaran: RM30 sahaja (makanan tidak disediakan)

Masa: 9 pagi – 5.30 petang

Sila berikan maklumat nama, alamat, email, no untuk dihubungi. Segala proses bayaran akan dimaklumkan melalui email. Sila emailkan ke yusofhussein@gmail.com

Comments :

have 0 comments at “Malu untuk memulakan perniagaan”