Isnin, 8 September 2008

Kelas Bimbingan 8 Okt 2008 (8.30malam)

Salam segar.....
Alhamdulillah, kelas bimbingan yang dikendalikan oleh Mr Teo malam tadi telah berjalan dengan baik, sekitar 15 konsultan yang majoritinya konsultan baru (tahniah kerana memilih kerjaya ini sebagai kerja baru anda). Maklumat dan bimbingan yang baik dan berilmu telah disampaikan oleh Mr Teo. Sekitar 9 malam bermula dan tamat 11.30 malam. Kelas bimbingan ini telah dijalankan di
CIMB Wealth Advisors (caw JB)
23 & 23A, Jalan Harimau Tarum, Taman Century
80250 Johor Bahru, Johor

Jadi pada blog hari ini saya ingin berkongsi dengan pembaca semua ilmu yang telah disampaikan.
* sebelum itu, Tahniah kepada Zulfikar, dapat jualan RM50,000.

Isi-isi penting yang disampaikan:
  1. Rekrutmen : Beliau mengibaratkan rekrutmen sebagai proses membuka cawangan/outlet. Maybank, CIMB bank, Public bank, Jusco, Giant, Carefoure adalah contoh-contoh outlet-outlet yang dibuka lebih dari satu cawangan. Mengapa? agar mereka boleh melebarkan perkhidmatan dan produk mereka ke serata tempat dan kawasan. Dengan bertambahnya otlet, maka jualan akan bertambah, pendapatan akan bertambah. Maka konsultan menambah rangkaian perkhidmatan dengan menambah bilangan konsultan untuk melebarkan sayap perkhidmatan. Jika hanya satu konsultan sahaja mana mungkin dia dapat berada di pelbagai tempat dalam satu masa, mana mungkin dia boleh bekerja 30 jam sehari. Untuk itu, tambahan bilangan konsultan baru diambil. Wujud pula satu soalan yang pernah diajukan seperti petir kepada saya sewaktu memperkenalkan kerjaya ini pada seseorang rakan. Kerjaya ini mempergunakan orang bawahan untuk kesenangan orang atasan. Orang bawahan kerja teruk, orang atas dapat hasil senang-senang. Pertanyaan saya pada leader-leader diatas saya, adakah benar mereka mempergunakan saya, saya menyenangkan mereka diatas. Saya nampak tidak, mereka bekerja 12jam-15jam sehari untuk membantu ahli kumpulan sedangkan saya masih 2jam-3jam sehari. Beliau mengambil risiko berhenti kerja sebagai senior jurutera dengan pendapatan yang dah mewah sebulan, untuk membantu saya dan rakan-rakan yang masih makan gaji (part timer). Saya kembalikan soalan tersebut kepada anda yang masih makan gaji. Kerja 8pagi hinggan 5petang / 8 pagi - 8 malam / 8 pagi - 10.00 malam. Saya suka mengambil kata-kata En Arif myUnitTrust.com (kerja macam keldai dapat gaji macam monyet) kemudian satu lagi istilah (rat eat rat). Fikirkan lah!!
  2. Orang celik dipakaikan cermin mata buta: Orang celik dipakaikan cermin mata buta (teringat saya sewaktu melawat sekolah pelajar buta di JB, pelajar celik main bola dengan pelajar buta, yang celik kena pakai cermin mata buta, baru adil nak main bola dengan pelajar buta, dikalahkan 3-1 dengan pelajar buta) orang ini jika dilepaskan kemudian terpegang kaki gajah akan kata "ini pokok balak". Apa maksudnya disini, kita apabila diterangkan tentang peluang melabur dalam unit amanah/unit trust atau diperkenalkan dengan kerjaya sebagai konsultan unit amanah, kita sering mengatakan "nanti, saya tanya dengan ibu saya, bapa saya, isteri saya" mereka yang tidak tahu menahu tentang unit amanah. Adakah jawapan yang anda akan dapat? adakah:-
    1. Baguslah nak, unit trust tu boleh memberi pulangan jangka panjang.
    2. Haah! bagus tu bang, abang jadi konsultan, tu pun kerjaya bagus tu. ATAU
    3. Apa tu unit trust, kau jangan tu skim cepat kaya, nanti duit kau habis.
    4. Tak payah lah abang, kerja abang ni pun dah ok, stabil, menjamin masa depan
Kita bertanya dengan orang yang tidak tahu, maka jawapannya adalah negatif, maka nak
kenalah tanya dengan saya, dengan mereka yang dah melabur dalam unit amanah dan
faham benar-benar tentang konsep unit amanah. Maka jawapan anda adalah positif.
Kalaulah industri ini tak betul, tak bagus mana mungkin Dato Nadzir membeli SBB Mutual
dengan nilai 6.7 billion. (bukan 6 ribu setengah)
3. Durian: The king of the fruit. Raja segala buah, yang mana apabila musimnya tiba, baik
muda, tua, budak, melayu, Cina, India, Mat Salleh sukakannya. Segelintir yang kurang enak
dengan buah durian sebab bau. Buah durian yang ebank dan sedap ni nak dapat kena tunggu
4-5 tahun selepas tanam pokoknya. Bila dah berbuah semua dapat rasa keenakannya.
Dalam unit amanah janganlah nak bila mula melabur hari ini tahun depan dah nak hasil
besar. Mula menjadi konsultan 6 bulan dah nak kaya. Bila ada keinginan dan kehendak
begini anda akan marah, kecewa bila setahun dah berlalu tapi hasil tak seberapa. Konsep
menyimpan dalam unit amanah adalah jangka sederhana dan jangka panjang (3 tahun-5
tahun). Barulah boleh tengok hasil. Jadi konsultan, buat sungguh-sungguh, usaha tekun 2
tahun, barulah nampak hasil. Jadi berilah masa kepada diri anda, kepada kerjaya konsultan
dan kepada simpanan anda. Bila dah ada hasil, dah dapat untung, dah kaya, maka hasilnya
semua merasa, anak isteri, mak ayah, kakak abang, sedara mara, jiran tetangga, orang
miskin dan papa. Tidakkah itu berbaloi namanya?

Masih ada beberapa isi penting lagi, cuma untuk tika ini biarlah sampai disini, akan saya sambung lagi.



Comments :

have 0 comments at “Kelas Bimbingan 8 Okt 2008 (8.30malam)”