Ahad, 7 September 2008

Apa itu Unit Amanah?



Unit amanah ialah skim pelaburan kolektif yang dibentuk untuk tujuan mengumpul tabungan pelabur supaya tabungan tersebut diurus dan dilabur untuk manafaat bersama.

Operasi setiap unit amanah dikawal selia oleh surat ikatan, yang melantik syarikat pengurusan unit amanah (cth: CIMB Wealth Advisors (WA)) dan pemegang amanah serta menerangkan bagaimana unit amanah dikendalikan secara terperinci. Syarikat yang menguruskan unit amanah (cth: CIMB WA) bertanggungjawab keatas operasi unit amanah.

Pemegang amanah dilantik untuk mengawasi operasi unit amanah. Tugasnya juga termaktub didalam surat ikatan.

Syarikat pengurusan unit amanah ini akan melaburkan wang yang terkumpul tersebut kedalam bentuk-bentuk pelaburan yang mengikut objektif dana tersebut. Wang terkumpul tersebut akan dilaburkanke bentuk-bentuk pelaburan seperti sekuriti kerajaan, sijil kerajaan, bond kerajaan dan swasta, deposit institusi kewangan dan lain-lain lagi.

Pelabur akan dikenakan caj perkhidmatan bagi setiap wang pelaburan yang dilaburkan. Oleh itu jumlah sebenar wang pelaburan mestilah juga mengambil kira caj perkhidmatan yang dikenakan.

Para pelabur juga harus benar-benar memahami konsep pelaburan unit amanah. Tempoh masa juga harus diambil kira oleh para pelabur, kerana unit amanah adalah simpanan pelaburan berkonsepkan jangka masa sederhana dan panjang ( 3 tahun-5 tahun). Jika objektif pelabur adalah pulangan jangka pendek, maka simpanan unit amanah tidak berapa bersesuaian dengan kehendak pelaburan mereka.

Selamat Melabur....

Comments :

have 0 comments at “Apa itu Unit Amanah?”